Followers

Sunday, 31 March 2013

7 petua nak cantik


Melembutkan Kulit Muka Cara Pantas.Satu  rahsia akan dikongsi bersama, panduan, kaedah, teknik, bagaimana caranya, tips   pantas dan berkesan atau cara melembutkan kulit muka. Bagi melembutkan kulit muka, baik lelaki mahupun wanita sanggup berbelanja lebih untuk membeli produk mahal dan istimewa untuk melembutkan kulit muka mereka. Sesuatu usaha yang konsisten dan betul harus dilakukan untuk untuk melembutkan kulit muka. Bagi mendapatkan kulit muka yang lembut, halus dan cerah, kita boleh amalkan petua melembutkan kulit muka seperti yang digariskan dibawah.                                                                                                                                                               
7 Petua Koleksi Untuk Mendapatkan Kulit Muka Lembut dan Cerah                                                                                 
Tip Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.                                                                                                                                                 
Tip Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.                                                                               
Tip Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.                                                                                                                                                                    
Tip Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.                                  
Tip Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.                       
Tip Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.                                                                                                                        
Tip Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.                                                                                                                                                             
Diatas adalah 7 pilihan panduan, rahsia, teknik, kaedah, bagaimana cara, tips atau petua melembutkan kulit muka. Selain ianya melembutkan kulit muka, ianya juga dapat menghaluskan, mencantikkan dan mencerahkan kulit muka. 

Saturday, 30 March 2013

Balik kelate

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah ni ambo ambik peluang balik negeri Kesayangan,lamo doh tok kelik...
puah hati cuti seminggu :)

pagi2 make nasi berlauk lauk aye pedah pulok...kalu bulih nok make belako,mugo kelih pon napok sedap doh...

pah pagi takdi sebelom balik KL ambo singgah pasar jelawat cari kuih 2-3 jenis,bilo nk bayar ambo tanya harga 2 kali,x percaya murah nya..sbb tempat kito di KL ni 5biji rm2...bertuahnya ore kelate..makane murah sungguh...

Alhamdulillah tolok pukul 9pg sapa 6.30 kl td...

Pakat kelih la ado gambar hok ambo ambik td.. :)
Mano2 ore kita hok ado blog tu komen la buleh kito pakat follow blako..
































































Abe halim yazid

jupo abe halim masa kenduri kawin :)


Friday, 29 March 2013

Balik Bangi

Assalamualaikum...

Selamat pagi :)

Sgt sejuk pagi2 ni mandi air telaga,masa ni semua tgh kemas2 sbb kejap lg nk balik bangi dah...dah seminggu bercuti kt kampung ni...sy harap semuanya berjalan lancar dan di permudahkan semuanya dalam perjalanan pulang nanti.. :)

jumpa lg ye..nk balik dah ni :)

Thursday, 28 March 2013

laksa bergaduh dgn ayam

Assalamualaikum... :)

Setiap kali kalau balik kelantan mmg tak sah kalau tak buat makan2...bukan apa,bila masing2 dah sibuk susah nk kumpul ramai2..,masa cuti ni lah ambil kesempatan untuk beramah mesra dgn saudara jauh dekat,sepupu dua pupu semua lah...

pada petang nya kami buat laksam dgn laksa..mmg meriah dah mcm ada kenduri pulak...





kesukaan sy laksam tp tanpa ulam2 lah... :)



sebelah malam pulak apa lagi kalau tak bbq kan? seronok sangat dapat kumpul ramai2.




Wednesday, 27 March 2013

‘Ini bukan masa untuk mati’

Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.
Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.
“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring. 

“Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.
HASNAL berkongsi pengalaman diserang pengganas sambil menunjukkan tangannya yang tercedera.
Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.

Monday, 25 March 2013

ALLAH masih beri peluang...


Assalamualaikum...

Seperti yang di rancang pada 24/3/2013 pada jam 7.00pagi sy dan keluarga bertolak pulang ke kelantan...keadaan waktu itu sgt sejuk..sbb pagi kan  :).kami mengambil keputusan utk menggunakan jalan menghala ke cameron highland semua lorong kiri,tengah dan kanan kenderaan  bergerak dgn laju termasuklah kenderaan sy yg berada di lorong paling kiri..




masjid Tengku Muhammad Faiz Petra


Tgh dok sembang2 tiba ada sebuah kereta caldina puaka datang dari lorong paling kanan menghimpit masuk ke lorong paling kiri...sedangkan pada masa tu kereta sy dipandu dgn laju,mujur lah kereta pada pagi tu tak banyak,kami sempat mengelak...ALLAH masih beri peluang...

kami teruskan perjalanan,kami diberi peringatan kali kedua,kali ni kereta depan kami brek dgn mengejut,ALLAH masih juga beri pulang sempat utk kami berhenti..alhamdulillah...

pukul 1 tgh hari kami berhenti di masjid Tengku Muhammad Faiz Petra,gua musang utk rehat dan tunaikn solat....

akhirnya jam 6.30 kami sampai ke kelantan...Alhamdulillah semua nye selamat...

Saturday, 23 March 2013

7 Perangkap Semasa Tuntut Ilmu

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka.
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.


#oh My Islam
by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Interview MAHB

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi td pergi interview dkt malaysia airport holding berhad,lepas subuh dah bertolak,sampai2 je  lebih 20 org dah beratur kt pagar,saya dapat la no 28,punya la lama sbb ramai...pukul 10.30 baru lah selesai interview...semua berjalan lancar...ada rezeki dapat ye tak ? :)
 sbb susah dapat keje sekarang ni punya la ramai umat yang datang...tak tahu la drang nk habis pukul berapa..huhu...



Thursday, 21 March 2013

karipap XL

Assalamualaikum... :)

sampai rumah ptg td tgk atas meja ada pulak karipap ni..
makan seketul pon dah kenyang.. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...