Followers

Saturday, 27 April 2013

Sukan paling hebat.

kejadian ni berlaku tahun lepas di unikl Msi...
sukan antara universiti unikl semalaysia...
Antara team paling di geruni sbb baju...huhu.."pink bro" -.-























































Sunday, 21 April 2013

Gwiyomi wawa zainal







Friday, 19 April 2013

Suspek pukul ketua kelas kini mahu berubah...

Alhamdulillah jika itu tekad nye...berikut merupakan luahan beliau di laman facebook nye...
Yang lepas tu jadikan peringatan utk masa hadapan ye dik...


Thursday, 18 April 2013

Apabila solat di permainkan !!!

Tengok lah sendiri,bagaimana apabila kita gagal dalam mendidik anak2...


Wednesday, 17 April 2013

Dapat kerja half day

Alhamdulillah dapat jugak kerja....

Nak di jadikan cerita hari senin 15april dapat panggilan utk temuduga,saya pun pergilah dengan tidak berharap apa2 sebabnya bila tanya pakcik google tak jumpa pun company profile,kalau bos tanya apa nk jawab kan,hari kejadian sampai ofis isi form macam biasa dan di borang tu dia tanya bila nk mula kerja "dalam hati kata pekerja yag berdedikasi esk 16april la mula kerja" sebelum ni bila pegi interview syarikat akan call  bagi tahu keputusan tp yang ni masa tu juga dapat tahu permohonan saya di terima :) Alhamdulillah bersyukur dapat kerja tak sangka kan rezeki Allah nak bagi macam2 cara,

Oleh kerana kt borang tu dah tulis 16hb masuk kerja,sy datang lah pukul 7.40am dah ada kt kawasan ofis padahal masuk pukul 9...first time la katakan...

perut pulak meragam cirit birit dari malam tadi mmg tak dapat tidur langsung sampailah ke ofis sbb makan megi goreng ntah apa yang di bubuh nye,mcm mana nk buat...baru first day kerja tak kan dah nak cuti kan,lunch hour tadi pegi klinik  doktor bg Mc 2 hari tp sy cakap eh tak apa buat 1 hari je *ayat poyo je*,sampai2 klinik td bila dah siap register sy cakap dekat org jaga kaunter "kejap eh sy nk pegi tandas"
maklum lah bila dah sakit perut ni mmg lama la dalam tandas kan tiba2 dengar 1 suara "encik ok ke?" sy jwb ok,katanya takut sy pengsan dalam tandas sbb lama sgt, dah dapat Mc dapat la sy berehat
mula2 kerja dah halfday... -.- dah sakit kan...sebelum balik tadi akak bahagian admin bg tau sy bos tanya "knp sy tgk wan mcm tak hepy saja" sy kata mcm mana nk hepy sakit perut ni...hahah

Esk harap nya sakit perut ni makin baik...eh lupa pula sy kerja sbg designer di cemerlang publication,ada sapa tahu tak ? area seri kembangan dekat dgn south city :)


Tuesday, 16 April 2013

Lagi Pelajar Perempuan Bergaduh



Tidak tahu apa punca nya sehingga pergaduhan ini tercetus,sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat yang tepat boleh lah berkongsi dengan kami :)

Sunday, 14 April 2013

Nasihat kpd para pejuang parti POLITIK

Sama-sama kita dengar dan muhasabah diri :)


Saturday, 13 April 2013

Pelajar kecewa dituduh kes buli





BUTTERWORTH: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah Sekolah Menengah di sini kecewa kerana dituduh membuli seorang pelajar lain bulan lalu.

Luqman Al Hakim Ahmad, 15, menafikan bahawa dia terlibat dengan kes itu dantelah membuat laporan polis sebaik mengetahui gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dianggap sebagai suspek utama kejadian itu.

Dia turut merasa trauma untuk keluar rumah, katanya.

"Saya pelik apabila ibu bertanya sama ada saya terlibat dengan kejadian buli di sekolah. Ibu beritahu sepupu saya ada datang ke rumah dan maklumkan bahawa gambar saya dimuat naik di blog kerana membuli seorang pelajar.

"Saya terus periksa telefon bimbit saya dan terkejut melihat banyak nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon saya. Kemudian saya semak akaun Facebook, Twitter dan Instagram saya yang semuanya penuh dengan komen-komen dari orang yang saya tak kenal. Mereka tuduh saya macam-macam, saya jadi takut," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Anak bongsu dari lima beradik itu kemudiannya bertindak menutup sementara akaun lama sosialnya kerana tertekan dengan tohmahan orang ramai yang tidak tahu keadaan sebenar.

"Saya juga tidak boleh tidur lena, susah untuk beri tumpuan ketika belajar dan takut untuk keluar rumah kerana bimbang dicederakan," katanya.

Baru-baru ini tersiar sebuah klip video di Facebook dan Youtube yang memperlihatkan seorang pelajar lelaki dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelajar yang kemudiannya turut disertai dua pelajar lain.

Pihak Pelajaran Negeri berkata ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan dibuang sekolah sementara mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan serius.

Luqman Al Hakim yang mengenali ketiga-tiga pelajar terbabit berkata ketika kejadian dia berada di dalam kelas yang berlainan dan hanya mengetahui insiden itu seminggu selepas kejadian.


"Saya hairan kenapa saya dikaitkan dalam kejadian itu, mungkin mereka ingat saya yang terlibat sebab wajah saya mirip salah seorang daripada pelajar berkenaan, kemudian gambar saya disebar di Internet," katanya.

Perubahan Tarikh Exam unikl MIIT









TERKINI (PRU13): Setelah mengambilkira semua pandangan termasuk dari pihak bahagian akademik dan kampus2, tarikh peperiksaan akhir semester akan ditunda ke 8-19 Mei 2013 secara dasarnya. Pihak kampus akan memaklumkan jadual mutakhir peperiksaan dengan kemungkinan beberapa kampus akan memulakan peperiksaan pada 7 Mei sekiranya tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar yang telah membeli tiket perjalanan pada tarikh sebelum 19 Mei (keutamaan kepada pelajar Sabah dan Sarawak sahaja dengan bukti pembelian sebelum tarikh posting ini), pihak akademik kampus akan mempertimbangkan untuk membenarkan calon terbabit menduduki peperiksaan khas bagi matapelajaran berkaitan pada tarikh lebih awal. Saya ambil maklum keputusan ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi diharap dapat diterima oleh semua sebagai penyelesaian terbaik dalam membolehkan semua warga UniKL menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi dalam suasana aman dan penuh rasa tanggungjawab...



sila rujuk page Prof. Mazliham Mohd Su'ud, UniKL
https://www.facebook.com/pages/Prof-Mazliham-Mohd-Suud-UniKL/121512901367374

Thursday, 11 April 2013

Polis Siasat Kes Buli pelajar


KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.

Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.




Wednesday, 10 April 2013

Pembuli SMK Tun Hussien On sudah dikenal pasti ?



youtube
 sila lihat video dipage PDRM
 https://www.facebook.com/photo.php?v=560895980611683

Blog pelajar berkenaan
http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/
http://izzatashadiari.blogspot.com/

Tapi harus di ingat bukan dia sahaja yang terlibat ?


Antara bukti bergambar








sila baca dgn teliti


Akaun twitter sudah di tutup

Tuesday, 9 April 2013

Gambar sekitar Majlis ABPBH 2013







































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...