Followers

Friday, 5 April 2013

PRU 13 SEMAK DAFTAR PEMILIH





PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online | Setelah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2013 lalu, maka peranan dan hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan meneraju tanpuk pemerintahan negara pada PRU13 ini.

Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi? Bagiyang telah mendaftar anda bolehlah membuat semakan memalui tiga cara iaitu secara online, SMS ataupun melalui talian telefon.

Semakan melalui laman web
Klik link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah di laman web SPR - http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php 
Masukkan No. K/P (tanpa tanda "-" ) dan klik SEMAK.


Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
Taip SPR [jarak] SEMAK [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888


Semakan melalui talian telefon

- Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

- Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
     Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62690 Putrajaya
     No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
      Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.            
      Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f) Senarai Penolong Pendaftar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...